Saturday, December 21, 2013

Galaxy Y Specs-Review Before Buying

Assalamualaikum  :)

Hari ini saya menulis sedikit tentang beberapa spesifikasi untuk telefon Samsung Galaxy Y.
Berikut adalah beberapa faktor yang anda mungkin boleh kaji sebelum anda membeli telefon ini.

Nama : SAMSUNG GALAXY Y
No. Model : GT-S5360

UMUM
Jaringan 2G-GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Jaringan 3G-HSDPA 900 / 2100
SIM-Mini-SIM
Diumumkan -Ogos 2011 , dilancarkan pada Oktober 2011

BENTUK BADAN
Dimensi-104 x 58 x 11.5 mm (4.09 x 2.28 x 0.45 in)
Berat-97.5 g (3.42 oz)

PAPARAN
Skrin sentuh-TFT , 256K warna
Saiz-240 x 320 pixel , 3.0 inci (ketumpatan ~133 ppi pixel)
Pelbagai Sentuh-Ya , dan berserta TouchWiz UI

BUNYI
Jenis Waspada-Getaran dan Nada Deringan MP3
Pembesar Suara-Ya
3.5mm 'Jack Earphone'-Ya

MEMORI
Slot Kad Micro-Disokong sehingga 32 GB
Dalaman-180 MB manakala RAM 290 MB

DATA
GPRS-Ya
EDGE-Ya
Kelajuan-HSDPA, 7.2 Mbps
WLAN-Menyokong Wi-Fi 802.11 b/g/n, fungsi 'Hotspot'
Bluetooth-Ya dengan v3.0 A2DP, HS
USB -Ya , microUSB v2.0

KAMERA
Utama-2 MP, 1600x1200 pixels dan 'Geo-tagging'
Video-Ya dengan QVGA@15fps(framerate per-second)

CIRI-CIRI LAIN
OS-Android OS , v2.3.6 (Gingerbread)
CPU-830 MHz dengan Prosessor ARMv6
Sensor-Akselerometer , Proksimiti dan kompas
Mesej-SMS(paparan bersambung) , MMS , Email , 'Push Email' , IM
Pelayar-WAP 2.0/xHTML , HTML
Radio-Stereo FM radio dengan RDS
GPS-Ya , dengan sokongan A-GPS
Java-Ya dengan emulasi Java MIDP
Warna-Kelabu Metalik , Putih  / penutup belakang sedia tukar warna Pearly White , Dark black, Fruity Orange, Bubblegum Pink dan Silver Platter
-Intergrasi SNS
- MP4/WMV/H.264 player
- MP3/WAV/eAAC+ player
- Penganjur(Organizer)
- Google Search , Maps , Gmail , YouTube , Calendar , Google Talk
- Quickoffice
- Input Teks Ramalan (Swype)

BATERI
-Bateri Li-Ion 1200 mAh
-Masa Sedia sehingga 850 jam (2G) / sehingga 540 jam (3G)
-Masa Bual sehingga 17 jam (2G) / sehingga 6 jam 20 min (3G)

LAIN-LAIN
SAR US 0.57 W/kg (depan)     0.64 W/kg (badan)  
SAR EU 0.66 W/kg (depan)  
Kumpulan Harga-Sekitar 70 EURO atau RM315 (di pasaran RM399)

UJIAN
Paparan-Skala kontras: 625:1 (nominal)
Pembesar Suara-Suara 66dB / Bingit 65dB / Deringan 66dB
Kualiti Suara-Suara (-87.0dB) / Crosstalk (-76.9dB)

Custom ROM Flash

Assalamualaikum  :)

Hari ini saya hendak berkongsi pula cara untuk memasukkan mod ataupun 'Custom Rom' pada telefon Samsung Galaxy Y.
Kelebihan menggunakan 'Custom Rom' yang stabil ialah terdapat beberapa penambahbaikan seperti penjimatan bateri dan sebagainya.
Sekarang , mari kita lihat dulu preview untuk Rom ini yang bakal kita masukkan kedalam telefon kita.




Memang nampak berlainan dari Stock Rom asal Samsung.
Jadi , adakah anda berminat? Jika ya , anda boleh mulakan tetapi jika tidak anda boleh melawat post saya yang lain.
MAKLUMAN : Saya tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan yang mungkin berlaku ketika proses mod ini dan kredit kepada ryanfebriyadi@xdadevelopers

Features terbaru :
1.BEATS Audio Headset Equalizer
2.SONY xLOUD Speaker
3.Bentuk display dalaman seperti Galaxy S3

Peralatan yang diperlukan:
1.Samsung Galaxy Y (telah di'root' dan mempunyai CWM)
2.Kabel USB
3.Bateri telefon melebihi 90%

Langkah Pemeriksaan :
1.Muat turun Rom ini serta 'update'nya di Attachments.
2.Setelah selesai dimuat turun , sambungkan telefon anda pada PC dan masukkan kedua-dua fail rom tersebut tanpa perlu diekstrak ke dalam sd card.
3.Pastikan juga anda telah masukkan fail CWM ke dalam sd card kerana CWM ini penting.
4.Pastikan anda telah 'BACKUP' semua aplikasi , mesej dan lain-lain kerana semuanya akan dipadam semasa proses 'flash'.Untuk 'BACKUP' , anda perlu 'root' dan 'install' Titanium Backup di Play Store.

Langkah Sebenar:
1.'Shutdown' telefon anda dan pastikan betul-betul padam dan bergetar sedikit.
2.Setalah itu , anda perlu masuk ke 'Recovery Mode'.Untuk masuk , anda perlu tekan tiga butang serentak iaitu Vol+ , Home dan Power.(lihat bawah)


3.Setelah anda masuk ke 'Recovery Mode' ini , anda perlu 'flash'kan CWM.Untuk 'flash' , anda perlu gunakan tiga butang iaitu Vol+ , Vol- dan Home untuk mencari CWM kerana ketika ini skrin sentuh tidak berfungsi.
4.Untuk 'flash' CWM , anda perlu ke 'apply update from sd card' , kemudian anda cari fail bernama CWM ataupun skin1980 GT-S5360.
5.Setelah anda pilih fail itu , anda akan dibawa ke 'Recovery' yang baru dan mempunyai banyak menu.(lihat bawah)


6.Kemudian , anda perlu 'wipe data' dan 'wipe cache' terlebih dahulu.Gunakan tiga butang seperti biasa Vol+ , Vol- dan Home.
7.Setelah selesai 'wipe data' dan 'wipe cache' , anda perlu ke 'install zip from sd card.Kemudian anda perlu cari fail rom yang anda telah masukkan ke dalam sd card pada awal tadi.(minirom_touchwiz....)
8.Pilih fail itu dan tunggu sehingga selesai dan anda perlu 'reboot system now' untuk hidupkan telefon anda dan melihat sendiri mod itu.
9.Pada kali pertama reboot akan mengambil masa , jadi anda perlu bersabar.
10.Jika telefon anda telah berjaya hidup , TAHNIAH !

#Jika anda ingin install 'update' bagi rom ini , anda cuma perlu ulang langkah ke-7 dan cari fail 'AIO_update...' di dalam sd card.

                                                                 SELAMAT MENCUBA

Attachments :
ROM : http://www.mediafire.com/download/p6vkfadn7hp11id/miniROM_TouchWizUX_Inspired_v3.zip
ROM Update : http://www.mediafire.com/download/luv6aj3oh8y30lj/AIO_Update5_TouchWizUX_Inspired.zip
CWM : http://forum.xda-developers.com/attachment.php?attachmentid=2296671&d=1380704777

Rooting

Assalamualaikum  :)

Hari ini saya hendak berkongsi cara-2 untuk 'Root' bagi telefon Samsung Galaxy Y .
Sebelum itu , apakah maksud 'root'?
'Root' bermaksud seperti membuka sekatan dan tetapan asal kilang pada setiap telefon , dan jika dapat membuka sekatan itu kita bebas untuk membuat apa sahaja ke atas telefon kita .
Jadi , tanpa membuang masa mari kita mulakan .
#Segala kerosakan dan risiko ditanggung oleh anda , saya tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan dan ini juga membatalkan waranti bagi telefon anda.

Cara-cara : (Ikuti dengan tepat)
1.Pastikan telefon anda dicas dan melebihi 80% bateri kerana terdapat banyak langkah
   untuk dilakukan.
2.'Backup' terlebih dahulu segala aplikasi dan mesej yang terdapat dalam telefon anda
   (hanya sebagai langkah berjaga-2)
3.Muat turun fail 'update.zip' dan letakkan di dalam SD Kad anda (bukan dalam mana-2 folder) : ini ialah fail yang mengandungi 'root' dan tak perlu diekstrak.
4.'Shutdown' telefon anda dan tunggu sehingga bergetar.
5.Setelah telefon anda betul-2 padam , tekan butang Vol Up , Home dan Power. (lihat bawah)


6.Setelah logo SAMSUNG muncul , terus lepaskan ketiga-tiga butang itu dan tunggu sehingga 'Recovery' yang kesemua tulisannya berwarna merah. (lihat bawah)


7.Di sini , sentuhan tidak berguna jadi anda perlu gunakan Vol Up , Vol Down dan Home.Pilih 'apply update from sd card' , kemudian pilih 'update.zip' yang telah dimasukkan di dalam sd card.
8.Tunggu hingga selesai dan pilih pilihan 'reboot system now' untuk reboot semula telefon anda.
9.Setelah telefon anda kembali hidup , periksa aplikasi 'Superuser' pada App List anda.


Attachments:
update.zip:http://forum.xda-developers.com/attachment.php?attachmentid=1621554&d=1357478494
#update.zip link credit to XDA Forum.

Stock ROM

Stock Rom
Assalamualaikum  :)

Sekali lagi , di sini saya ingin memberikan pula 'tutorial' untuk mengembalikan 'software' telefon Samsung Galaxy Y anda kepada 'Stock Rom' sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada telefon anda.

Tanpa membuang masa , mari kita mulakan.

Peralatan:
1.PC model baru (Tahun 2008 keatas)
2.Telefon Samsung Galaxy Y GT-S5360
3.Kabel USB Samsung 2.0 (didapati di dalam pek semasa pembelian atau dibeli secara berasingan)

Langkah Pemeriksaan :
1.Pastikan bateri telefon anda penuh dan melebihi 85% kerana terdapat banyak langkah perlu dilakukan.
2.Pastikan juga 'driver' bagi telefon anda sudah dipasang di PC anda.Jika belum , sila muat turun di 'Attachments'. (PENTING)
3.Setelah anda memuat turun 'driver' , sila 'install' terlebih dahulu sambil cucukkan telefon anda pada kabel usb dan PC.
4.Muat turun juga Odin dan Stock Rom.

Langkah Sebenar :
1.'Shutdown' sepenuhnya telefon anda sehingga terasa bergetar.
2.Tekan tiga butang sekaligus iaitu , Vol Down , Home dan Power. (lihat bawah)


3.Kemudian , ekstrak arkib Odin dan Stock Rom yang telah dimuat turun dan ekstrakkan ke Desktop.
4.Pada tahap ini , skrin sentuh tidak berfungsi jadi anda cuma boleh menggunakan Vol+ , Vol- dan Home.
5.Terdapat dua pilihan utama , iaitu Vol+ untuk 'Continue' dan Vol- untuk 'Restart' telefon.Pilih Vol+.
6.Buka fail Odin dan cari aplikasi Odin.exe untuk menggunakan Odin.
7.Setelah anda melancarkan aplikasi Odin , sambungkan telefon anda pada PC dengan menggunakan kabel USB.
8.Setelah anda sambungkan telefon pada PC , anda perlu lihat di Odin samada telefon anda telah dikesan.(lihat bawah)


9.Jika telefon anda telah dikesan , anda boleh teruskan tetapi jika tidak sila ulang semula Langkah Pemeriksaan No.4.
10.Bagi yang telah dikesan , sekarang anda perlu lihat pada Odin dan pilih PDA.Ia akan mengeluarkan satu windows baru dan anda perlu cari lokasi di mana yang anda telah ekstrakkan Stock Rom.
Setelah terjumpa , anda perlu cari fail yang namanya bermula dari PDA.
11.Kemudian , klikkan fail itu.
12.Begitu juga dengan langkah bagi PHONE dan CSC .
13.Setelah kesemuanya lengkap , anda boleh klik 'Start' pada Odin dan tunggu sehingga selesai(lihat bawah)


 14.Jika terdapat tanda PASS berwarna hijau seperti diatas , anda telah berjaya kembali ke Stock Rom.
 15.Anda boleh cabutkan telefon anda dari PC dan anda boleh mula gunakan semula telefon anda.

Attachments:
USB Driver-http://www.mediafire.com/download/7iy79emc0bf1fb4/SAMSUNG_USB_Driver_for_Mobile_Phones.exe
Odin-http://uploaded.net/file/o2xcp01n
Stock Rom-https://docs.google.com/uc?id=0B6u1O0DZtb51bk1KYVpDWDVlQU0&export=download

Friday, December 20, 2013

Exchange Apps

Assalamualaikum  :)

Hari ini , saya ingin berkongsi cara untuk menggunakan sebarang aplikasi yang dimuat turun dari Play Store untuk menggantikan aplikasi sistem.Cara ini bertujuan untuk menambah baik sebarang kekurangan pada aplikasi sistem.

Tanpa membuang masa , mari kita mulakan.
#Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan , ini hanyalah 'tutorial' sebagai panduan.

Langkah Pemeriksaan :
1.Samsung Galaxy Y (sudah di'root)
2.Sebarang aplikasi yang anda ingin 'exchange' sebagai aplikasi sistem(PENTING untuk 'Backup' dahulu dengan menggunakan Titanium Backup di post saya yang lain sebelum tukarkan ke aplikasi sistem untuk elakkan kerosakan)


Langkah Sebenar :
1.Pastikan Samsung Galaxy Y anda sudah di'root'.Jika belum , sila lawat post saya mengenai root.
2.'Install'kan Link2SD dari Play Store atau muat turun di Attachments dan 'install' kedalam telefon anda.
3.Jika anda sudah mempunyai Link2SD , buka aplikasi tersebut.
4.Sekarang , anda akan lihat senarai panjang aplikasi didalam telefon anda termasuk aplikasi sistem.(lihat bawah)

                                           #Ashraf_BlogBoxBoy Galaxy Y Screen Capture

5.Sekarang , anda boleh pilih aplikasi yang anda ingin ubah sebagai aplikasi sistem.Contoh yang saya ambil , 'File Manager' (tetapi saya sudah gantikannya dengan ES File Explorer.)
6.Cari 'File Manager' dan pilih.Anda akan melihat ini di skrin anda :


                                           #Ashraf_BlogBoxBoy Galaxy Y Screen Capture

7.Sekarang , anda akan melihat dua menu iaitu 'Actions' dan 'Move to SD'.Saya tiada menu 'Move to SD' kerana saya sudah tukarkan aplikasi ini sebagai aplikasi sistem.
8.Anda perlu tekan 'Actions' dan anda akan lihat menu ini pula :


9.Sekarang , anda perlu pilih 'Convert to system app'.Menu bagi telefon saya menjadi 'Convert to user app' kerana saya sudah tukarkan sebagai aplikasi sistem.
10.Setelah anda memilih 'Convert to system app' , satu mesej akan muncul di skrin anda.Abaikan dan pilih 'OK' (lihat bawah)



11.Sekarang , PENTING untuk anda tutup aplikasi itu dan 'reboot' telefon anda.Jika anda tidak 'reboot' , anda tidak dapat menggunakan aplikasi itu.
12.Setelah telefon anda sudah selesai 'reboot' , anda boleh gunakan aplikasi yang telah ditukar ke sistem itu.
Jika tidak berjaya , anda perlu 'Restore' semula aplikasi itu dengan Titanium Backup.


                                                               SELAMAT MENCUBA


Delete Bloatware

Assalamualaikum  :)

Hari ini , saya ingin berkongsi pula cara untuk membuang 'bloatwares' didalam Samsung Galaxy Y.
'Bloatwares' ini bermaksud aplikasi sistem yang kita tidak gunakan didalam telefon kita.Ia bukan sahaja mengganggu prestasi RAM telefon kita , malahan ia juga menggunakan banyak kapasiti memori di dalam telefon kita.Untuk itu , kita perlu buangkan 'bloatwares' yang kita tidak inginkan untuk menjamin prestasi yang terbaik dalam telefon kita.

Tanpa membuang masa , mari kita mulakan.
#Saya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan , ini hanyalah 'tutorial' sebagai panduan.

Langkah Pemeriksaan :
1.Samsung Galaxy Y (sudah diroot) #jika belum di'root' , sila lawat post saya mengenai root.
2.Kabel USB
3.Masukkan Titanium Backup.apk ke dalam sd kad anda (didapati di Atachments)

Langkah Sebenar :
1.Telefon anda mesti di'root' terlebih dahulu.Jika sudah di'root' , anda perlu buka 'File Manager' anda dan cari Titanium Backup.apk yang telah dimasukkan ke dalam sd kad anda pada Langkah Pemeriksaan.
2.'Install'kan apk itu dan setelah selesai , buka aplikasi itu.
3.Setelah anda buka aplikasi itu , anda akan mendapati beberapa 'pop-up' mesej muncul di skrin anda.Abaikan kesemua mesej itu.
4.Setelah anda abaikan kesemua mesej itu , anda perlu pilih 'Backup/restore dan anda akan melihat senarai panjang kesemua aplikasi didalam telefon anda termasuk aplikasi sistem.
5.Sekarang , anda boleh cari aplikasi yang anda ingin buang.Contoh yang saya ambil , Quickoffice bersaiz 6MB.Cari dan 'tap'kan aplikasi Quickoffice.
7.Disini , anda akan mendapati beberapa 'Tab' menu (lihat bawah)


                                             #Ashraf_BlogBoxBoy Galaxy Y Screen Capture

8.Di sini , anda boleh pilih sama ada anda ingin 'Backup' , 'Freeze' , dan 'Uninstall'.Untuk kali pertama , saya cadangkan anda 'Backup' dahulu sebelum 'Uninstall' kerana dikhuatiri berlaku masalah.
9.Setelah anda 'Backup' , sekarang anda boleh pilih 'Uninstall' untuk buangkan aplikasi ini.
10.Selesai dan anda boleh gunakan cara ini untuk membuang banyak lagi aplikasi yang anda tidak gunakan seperti Maps , Navigation , Local dan lain-lain.


                                                             SELAMAT MENCUBA

Attachments :
Titanium Backup.apk : 
http://www55.zippyshare.com/v/27488088/file.html

ClockWorkMod

Assalamualaikum  :)

Hari ini saya hendak berkongsi cara untuk memasukkan CWM atau ClockWorkMod ke dalam Samsung Galaxy Y .
CWM ini berfungsi sebagai medium untuk kita gunakan jika kita ingin mengembalikan telefon kita ke tetapan kilang ataupun jika berlaku kerosakan atau 'bugs'.

Tanpa membuang masa , mari kita mulakan.

Langkah Pemeriksaan :
1.Samsung Galaxy Y (rosak ataupun masih berfungsi)
2.Kabel USB
3.Masukkan fail cwm.zip ke dalam sd kad anda. (lihat Attachments untuk muat turun)

Langkah Sebenar :
1.'Shutdown' telefon anda dan tunggu sehingga betul-betul padam dan bergetar sedikit.
2.Tekan tiga butang sekaligus , Vol+ , Home dan Power (lihat bawah)




3.Setelah logo Samsung muncul , anda boleh lepaskan ketiga butang itu dan sekarang skrin anda akan menjadi begini. (lihat bawah)



4.Jadi inilah yang dipanggil 'Recovery mode' dan bukan 'ClockWorkMod'.Untuk masukkan ClockWorkMod , anda perlu gunakan tiga butang iaitu Vol+ , Vol- dan Home kerana sekarang ini skrin sentuh tidak berfungsi.
5.Sekarang , pilih 'apply update from sd card' dan di skrin seterusnya anda boleh carikan fail cwm.zip yang anda telah masukkan ke dalam sd kad anda pada Langkah Pemeriksaan.
6.Setelah itu , skirn anda akan bertukar seperti ini :

 


7.Okey , inilah yang baru dipanggil ClockWorkMod.Jika skrin anda menjadi begini,tahniah anda telah berjaya.

#Untuk mengetahui fungsi CWM ini , sila lawati post saya yang lain.Disitu ada lebih banyak fungsi CWM ini.
Kredit kepada xdadevelopers.com


Attachments :
CWM : http://forum.xda-developers.com/attachment.php?attachmentid=2296671&d=1380704777